|

SUDUT
KESIHATAN
|
JOM BERSENAM SETIAP HARI!!
Kita memang sedia maklum tentang senaman.
Dengan bersenam, anda mampu membakar
kalori
dengan lebih baik dan menjadikan diri anda
lebih
sihat.
Namun begitu, adakah anda merasakan tidak
mempunyai masa yang cukup untuk melakukan
senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah
sesukar anda bayangkan. Apa kata anda
mencuba tip di bawah ini :
1. Bangun
dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas
sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah
Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di
persekitaran rumah anda untuk menikmati
udara pagi dengan penuh ketenangan. Di
samping itu anda boleh melakukan sedikit
aktiviti regangan.
2. Kereta
anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai,
bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan
sahaja menyihatkan badan malah mampu
menjimatkan wanng!!
3. Jika
anda tinggal di kondominium atau pangsapuri,
sudah tentunya anda menggunakan lif untuk
sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah
situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak
semestinya naik menggunakan tangga
sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif
separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan
senaman yang
baik untuk jantung,
membakar kalori
dan
membina otot.
4. Letakkan
kereta di tempat agak jauh daripada tempat
yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan
anda berjalan untuk sampai ke destinasi
tersebut. Dengan cara ini, anda telah
melakukan sedikit senaman.
5. Jangan
hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda
boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat
kerja anda ketika waktu makan tengah hari
atau masa rehat. Ini akan
membantu bakar kalori
berbanding jika anda duduk menikmati snek
semata-mata.
6. Ketika
berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya
dengan anak anda atau pun binatang
peliharaan anda. Ini juga merupakan salah
satu cara untuk mengeluarkan peluh.
7. Sebelum
dan selepas maka, dukunglah bayi anda,
jangan guna
“stroller”.
Ini bukan sahaja dapat membantu membakar
kalori anda, malah ia juga akan merapatkan
kasih sayang anda dengannya.
8. Anda
juga boleh melakukan aktiviti berkebun di
rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda
sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam
sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan.
Anda bukan sahaja dapat memakan hasil
tersebut, malah anda juga akan menjadi
semakin sihat
9. Berbasikal
jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk
kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda
bukan sahaja dapat menikmati udara segar di
sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh.
Lakukan aktiviti ini pada waktu petang.
Tentu menarik, bukan?
10.Semasa
menonton tv, anda tidak semestinya terpaku
di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan
ringan. Harus diingat, makanan ringan akan
meningkatkan risiko anda untuk mendapat
penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan
kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci
lantai atau mencuci perabut di rumah anda.
11.Amalan
membersih tingkap, permaidani, ruang tamu
dan sebagainya juga membantu membakar kalori
anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap
hari.
12.Anda
juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk
mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri
dengan menggunakan tangan, jangan
menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja
menyediakan makanan yang bersih dan sihat
untuk keluarga anda, malah rasa makanan
tentunya lebih mengikut citarasa dan selera
anda. Tentunya anda akan berpuas hati
apabila mendapat pujian daripada ahli
keluarga kelak.
13.Rancang
aktiviti hari minggu anda bersama keluarga.
Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar
berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh
lakukan sesuatu di rumah misalnya
membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli
keluarga anda. Tentunya amat seronok
bersama-sama melakukan aktiviti ini, di
samping itu tekankan pentingnya menjaga
kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti
akan mengeratkan hubungan sesama ahli
keluarga anda.
14.Jika
anda memiliki alat senaman di rumah, jangan
berlengah lagi! Anda boleh membaca bacaan
ringan di samping melakukan senaman dengan
menggunakan alat senaman ini. In tentunya
menjadikan anda lebih tenang.
Sudah temui cara melakukan senaman yang
ringkas?
Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Lalui
hidup anda dengan penuh keceriaan…
SUMBER
WORDPRESS |
|
METABOLISME
MENURUN SELARI USIA
Sumber Info
Cergas
Zurita Mohd Anua
Tahap
metabolisme
anda akan menurun sebaik sahaja usia anda
meningkat. Apabila usia anda mencecah 50
Tahun, keperluan kalori anda akan
berkurangan sebanyak 200 dalam masa sehari.
Jika anda tidak membakarnya atau
mengurangkannya, jumlah ini akan meningkat
kepada 6000 kalori dalam masa sebulan. Oleh
itu, usah lupa untuk melakukan
senaman
yang berterusan kerana
senaman
akan membantu anda mengekalkan berat badan
yang normal dan meningkatkan index massa
otot. Selain itu, senaman mampu meningkatkan
tahap
metabolisme
dan
pembakaran lemak
yang cepat.
|
|
MASALAH
BERAT BADAN DAN RISIKONYA
Bukan soal nak kurus
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
|

SYANIE mula menyedari masalah
gemuk mengundang bahaya selepas
diserang penyakit asma.
|
Syanie terpaksa lakukan pintasan usus untuk
atasi serangan asma
SUDAH lama dinasihat doktor supaya
menjalani pembedahan pintasan usus (gastric
bypass), namun acap kali hasrat itu ditunda
kerana takut memikirkan risiko serta
kesakitan yang terpaksa ditempuhinya.
Namun, apabila diserang asma sehingga pernah
ditahan di hospital tahun lalu, doktor
memberikan Syanie pilihan - bertarung antara
hidup dan mati.
Nasihat doktor itu membuatkan Syanie
berfikir panjang. Selepas berbincang dengan
keluarga, dia nekad untuk menjalani
pembedahan dan melawan ketakutan demi
kesihatannya.
Syanie atau nama penuhnya, Syaniza Hisham,
35, yang ditemui di Hospital Pakar Damansara,
petang kelmarin, berkata dia menjalani
pembedahan di bawah seliaan seorang pakar
dari Amerika Syarikat pada pagi 28 Mei lalu.
“Disebabkan ingin sihat, saya kuatkan juga
semangat untuk menjalani pembedahan ini
walaupun takut. Sudah lama doktor nasihatkan
saya lakukan pembedahan tetapi sering saya
tidak endahkan.
|

|
|
SYANIE tidak sunyi kerana dua
adiknya, Syazril Hafiz (kiri)
dan Syazril Damak sentiasa di
sisi untuk menceriakannya.
|
“Selepas mendapat asma dan sering mengah
apabila banyak bergerak, bahkan tubuh besar
juga menyukarkan saya untuk memandu
membuatkan saya tidak mampu menangguhkannya
lagi.
“Alhamdulillah, selepas lebih lima jam
proses pembedahan berjalan semuanya selamat.
Keadaan kesihatan saya juga semakin beransur
pulih.
“Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi saya
sudah boleh pulang ke rumah,” kata Syanie
yang masih lemah namun tetap ramah menerima
kedatangan tetamu yang menziarahinya.
Beritahu Syanie, selesai pembedahan dia
ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
selama dua hari untuk pengawasan kerana
bimbang berlaku kebocoran pada usus yang
baru dibedah itu
|

|
|
APAKAH badan Syanie akan susut
begini selepas menjalani
pembedahan pintasan usus? |
Namun, dia bersyukur kerana semua proses
berjalan baik dan ketika ditemui, doktor
baru saja mencabut saluran tiub di badannya.
“Cuma ketika ini saya masih loya kerana
banyak angin. Doktor sudah berpesan jika
mahu cepat keluar hospital, saya kena banyak
minum air,” kata Syanie yang ditemani
adiknya, Ayin dan Hafiz sepanjang di
hospital.
Akui Syanie, dia cukup takut untuk menjalani
pembedahan itu namun bernasib baik kerana
sepupunya dibenarkan menemani sepanjang dia
berada di dewan pembedahan.
“Dia banyak membantu tenangkan saya
menghadapi saat mendebarkan itu. Maklum,
keluarga saya agak emosional dan mudah
menitiskan air mata.
“Ketika dibawa masuk ke dewan pembedahan,
saya kuatkan semangat dan tahan air mata
supaya tidak mengalir kerana tidak mahu
mereka susah hati,” katanya.
Kata Syanie, keluarganya berdepan detik
mendebarkan apabila pembedahan itu
menghadapi sedikit masalah dan berlarutan
hingga hampir enam jam.
“Mummy (Ruhani Abdul Rahman) paling panik
kerana sebelum itu doktor memberitahu semua
akan selesai jam 12 tengah hari. Tetapi,
selepas jam 1 berlarutan hingga jam 2 petang
pembedahan masih tidak selesai, mummy mula
suspen.
“Hanya pada jam 3 petang semuanya selesai
tetapi mummy tetap panik kerana saya belum
sedar,” katanya.
Beberapa jam selepas pembedahan, kata Syanie,
dia mula terasa kesan keperitan apabila
doktor terpaksa memasukkan corong pernafasan
menerusi rongga hidungnya disebabkan
mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Apabila tersedar, saya terasa begitu
terganggu dan cukup menyakitkan. Saya mula
tertanya mengapa perlu saya melakukan
pembedahan yang cukup menyakitkan ini,”
katanya.
Berat ideal dalam masa dua tahun
SYANIE berkata, doktor meletakkan sasaran
dia akan mencecah berat badan ideal sekitar
70 hingga 80 kilogram dalam tempoh dua tahun.
Sepanjang tempoh itu juga, Syanie berkata,
dia perlu berdisiplin serta mengamalkan gaya
hidup sihat termasuk melakukan senaman
supaya tidak berdepan masalah lagi.
“Dulu saya tidak pernah fikir kegemukan akan
mengundang masalah lain. Saya tidak pernah
kisah berbadan besar kerana badan ini
membawa rezeki.
“Tetapi apabila sakit, baru saya terfikir
kenapa saya sanggup mengikut kata hati
hingga membahayakan diri sendiri. Selepas
pembedahan ini, gaya hidup keluarga juga
akan berubah.
“Ia secara tidak langsung turut
mendisiplinkan mereka kerana ada makanan
tertentu yang saya tidak boleh jamah.
Syukur kerana keluarga semua merestui malah
banyak memberi sokongan ketika saya melalui
detik sukar ini.
“Saya juga berterima kasih kepada pihak
hospital yang begitu mengambil berat
daripada awal hingga selesai pembedahan,”
katanya.
Kata Syanie, ketika ini dia sedang belajar
mendisiplinkan diri dengan menjamah makanan
mengikut aturan waktu yang ditetapkan.
“Saya cuma akan menjamah makanan selepas
setengah jam minum. Begitulah sebaliknya.
Semalam apabila melihat adik menikmati ais
krim, terliur sangat tetapi saya tahan
selera.
“Doktor sudah berpesan, selain ais krim,
ayam goreng serta makanan berlemak adalah
antara hidangan yang perlu saya hindari.
“Alhamdulillah, teman juga banyak memberikan
sokongan malah Chef Zam turut berkongsi
pengalaman kerana dia pernah menjalani
pembedahan yang sama tidak lama dulu,”
katanya
|
|
Masalah
Perut Buncit/Sembelit/Buasir ?
USUS KOTOR,
PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !
Toksin dan
Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan
Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang
sihat hasil dari pencemaran udara, air dan
makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin.
Makanan seharian yang diambil oleh kita pada
zaman moden mengandungi protein dan lemak
haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan
cara hidup yang kurang bersenam telah
mengakibatkan bahan buangan bertoksin
terkumpul di dalam usus dan terjadinya
sembelit dan najis terlonggok. Najis
terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh
menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar
dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah
berat badan, maka salah satu sebab utamanya
adalah terdapat banyak najis terlonggok.
Apakah itu
sembelit ?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh
pakar, walaupun kita membuang air besar
secara normal setiap hari, tetapi terdapat
6-10 paun najis terlonggok di dalam usus
kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak
sembelit, saya buang air besar setiap hari
dan tidak perlu membersihkan usus!
Sebenarnya anda silap. Walaupun kita
membuang air besar setiap hari, ramai tidak
sedar bahawa mereka mungkin mempunyai
masalah usus. Seringkali keseluruhan usus
besar terlonggok dengan najis lama dan bahan
kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan
najis yang lembik dan kecil untuk melalui
saluran usus yang sempit. Akibatnya
kebanyakan dari kita mempunyai masalah
sembelit dan najis terlonggok.
Apakah itu Najis
Terlonggok ?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan
kesukaran untuk membuang air besar dan najis
terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat
di usus akibat daripada perkumuhan yang
tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap
oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan
pelbagai masalah kesihatan seperti kanser
kolon, tekanan darah tinggi, masalah
kesihatan jantung, hati, buah pinggang,
kencing manis dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, ia juga boleh membawa masalah
seperti kulit yang berkedut, jerawat dan
sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara
yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
kesihatan di atas adalah menghapuskan
masalah sembelit dan menyahkan najis yang
terlonggok di dalam usus.
SUDUT KESIHATAN
Mengnyahtoksik
Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan
kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan
toksin yang terkumpul di dalam badan dalah
penyebab utama bagi penyakit dan penuaan
pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk
menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang
berbahaya ini membantu meningkatkan
kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan
program berpuasa, pengawalan diet dan
rawatan lain yang menyusahkan. Kini ,
terdapat satu program menyahtoksik yang
lebih mudah dan praktikal, malah juga
berkesan untuk membantu anda kekal muda dan
sihat.
Beberapa masalah kesihatan yang biasa
dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
-
Sering keletihan, daya tumpuan dan daya
ingatan yang lemah
-
Sembelit atau cirit-birit yang kerap
-
Masalah-masalah kulit-jerawat, akne,
ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan
tidak bermaya.
-
Kuku dan rambut yang rapuh
-
Badan dan nafas berbau
-
Sering sakit kepala
-
Sakit leher , bahu , sendi dan otot
-
Peredaran darah yang lemah – tangan
atau kaki sejuk
-
Imsomnia atau masalah tidur
-
Meradang dan kemurungan
-
Kitaran haid yang tidak teratur dan
masalah-masalah putus haid
-
Berat badan dan pembendungan air dalam
badan
-
Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa
loya yang kerap
-
Alergi dan pengidaman makanan
-
Peningkatan tekanan darah
-
Kurang tenaga syahwat.
Apa yang anda dapat jangkakan dari program
mengnyahtoksik yang baik
-
Kesihatan keseluruhan yang lebih baik &
rasa lebih bertenaga dan cergas
-
Daya ketahanan badan yang lebih kuat
-
Fungsi penghadaman yang lebih baik &
kurang angin dan senak
-
Pembuangan air besar yang kerap
-
Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih
baik
-
Kulit yang lebih cerah dan sihat
-
Badan yang lebih langsing
-
Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal
badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk kita
mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini
kerana ianya berada di mana-mana sahaja.
Dalam makanan kita racun rumpai dan racun
serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran
,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari
sungai dan laut yang sangat tercemar,
antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan
daging.
Dalam air minuman kita klorin, logam berat,
bahan kimia , bakteria dan parasit dari
sumber air yang tercemar dan paip air yang
lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia
dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap
kenderaan, asap rokok , serta asap dari
pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari
negara-negara jiran. Dari proses-proses
badan sisa metabolik dan pereputan daripada
makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Usus bermasalah
mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang
bertanggungjawab untuk menyerap khasiat
daripada makanan dan memproseskan bakinya
untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi
atau dibuangkan. Usus manusia terdiri
daripada usus besar dan usus kecil.
Kesihatan badan barkait rapat dengan
kebersihan kedua dua usus besar dan usus
kecil ini.
Bagaimana usus
toksin menjejas kesihatan kita ?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar
makanan yang kita makan akan membentuk bahan
bendalir dalam saluran usus. Walaupun
kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan
daripada badan melalui proses pembuangan
yang normal, tetapi masih ada sebahagian
daripadanya yang melekat di atas dinding
usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag
bendalir ini bukan sahaja menyekat proses
pembuangan yang betul dan mencegah
penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi
ia juga merupakan tempat pembiakan parasit
dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan
limpa serta meracunkan sistem keseluruhan.
Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Kelebihan
pembersihan usus
Pembersihan usus adalah proses
penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia
adalah jalan pemulihan yang penting.
Pembersihan usus yang sempurna adalah
penting dan merupakan cara utama untuk
mengembalikan badan kita ke tahap yang
seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan
menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga
membolehkan sistem badan yang lain untuk
dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus
anda dan mengimbangkan semula bakteria yang
baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim
yang mencukupi, serta makanan yang dimakan
dan penghasilan vitamin dalaman adalah
betul, makanan yang tidak ditoleransi akan
diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen,
Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang
sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu
dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari
sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah
juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti
dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan
yang lain boleh dilakukan.
FAKTA-FAKTA
MENGGEMPARKAN
-
90% pelbagai penyakit adalah berkaitan
dengan usus yang tidak bersih -
[KOLEJ PERUBATAN
ENGLAND]
-
500,000 kematian diseluruh dunia adalah
disebabkan Kanser Kolon
[THE STAR, 13
MEI 2004]
-
5 juta rakyat Malaysia mengalami
pelbagai masalah penghadaman seperti
kesakitan bahagian perut, kembung,
sembelit dan lain-lain
|
|
Oleh NORLAILA HAMIMA
JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

This e-mail address is being protected from
spambots, you need JavaScript enabled to
view it
ADA
beberapa sebab yang boleh menyebabkan
pendarahan rektum. Ini adalah petanda
gangguan kesihatan yang penting kerana dalam
sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika
dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan
rektum boleh dikawal dan dirawat seperti
ulser dan buasir.
Pendarahan dalam saluran gastrointestin
boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya
dapat dikesan apabila darah keluar bersama
najis. Saluran gastrointestin (pencernaan)
ini terdiri daripada esofagus, perut, usus
kecil, usus besar, rektum dan dubur.
Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana
bahagian gastrointestin ini.
Bagaimana saluran ini boleh luka ? Ada
beberapa keadaan yang menyebabkan pendarahan
pada saluran gastrointestin iaitu:
-
Kehadiran asid perut berlebihan yang
boleh menyebabkan keradangan dan
pendarahan pada bahagian hujung esofagus
dan keadaan ini dipanggil masalah asid
refluks.
-
Jangkitan bakteria Helicobacter pylori,
pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa
mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain
juga boleh menyebabkan keradangan atau
ulser perut dan pendarahan.
-
Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan
bakteria Helicobater pylori atau ubat
anti peradangan bukan steroid (NSAIDs)
dan aspirin.
Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada
bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini
boleh pecah dan menyebabkan pendarahan.
Darah akibat buasir biasanya berwarna merah
cerah.
Simptom lain ialah sukar membuang air besar
dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali
berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala
utama, hampir 70 peratus daripada pesakit
buasir akan mengalami pendarahan apabila
buang air besar.
Pesakit selalunya mendapati darah akan
keluar daripada dubur dan ada kalanya darah
memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali
buang air besar bagaimana pun pada peringkat
awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.
Pada peringkat seterusnya, buasir akan
terkeluar sedikit apabila pesakit meneran
untuk buang air besar, tetapi naik semula
(masuk semula ke dalam dubur) selepas
selesai meneran. Pendarahan akibat buasir
jarang menyebabkan anemia.
Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi
saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan
menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya
disebabkan sembelit atau memaksa najis
keluar. Apabila kulit terluka, setiap
pergerakan usus akan terasa sakit.
Pendarahan akibat rekahan kulit adalah
sedikit, dan darah berwarna merah cerah.
Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai
buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja
terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat
dan kurang minum air.
Polip atau ketumbuhan benigna pada usus.
Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan
disalah anggap sebagai kanser. Darah
daripada ketumbuhan ini berwarna merah
cerah.
Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di
seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di
dinding usus besar yang bermula dengan polip
(ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan
berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat
laluan usus dan mungkin menyebabkan
pendarahan; iaitu antara simptom kanser.
Antara simptom kanser usus ialah berak
berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama
ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut
memulas, terasa asyik hendak buang air
besar, perut tidak selesa, kembung atau
senak; muntah, hilang selera makan dan cepat
penat.
Pada keadaan serius pesakit tidak boleh
buang air langsung kerana pembengkakan pada
rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda
paling nyata ialah apabila jadual buang air
besar berubah, cepat penat dan berat badan
menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit
muda, gejala ini sering disalah diagnos
sebagai sakit perut atau gastrik.
Bagaimana mengenal pasti ada darah pada
najis?
-
Najis diselaputi darah berwarna merah
cerah
-
Ada ketulan darah bercampur dengan najis
-
Najis berwarna kehitaman dan melekit
Gejala pendarahan akut:
-
Tiga tanda di atas
-
Cepat berasa lesu
-
Pening
-
Sesak nafas
-
Senak perut
-
Rasa mahu pitam
-
Cirit birit
Gejala pendarahan kronik:
-
Semua tanda di atas
-
Badan terasa lemah
-
Sentiasa berasa penat
-
Sukar bernafas
-
Pitam
Petikan Harian Metro - 1hb. Januari, 2006
|
Diet setiap
individu perlu 20 hingga 22kg minyak setahun
KOTA KINABALU: Setiap individu memerlukan
purata diet pemakanan sebanyak 2,000 kcal
setiap hari sebagai sumber tenaga dan untuk
pengembangan fizikal serta mental yang sihat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula
menyarankan individu itu perlu menggunakan
20 hingga 22 kilogram minyak setahun dalam
diet pemakanan bagi pembesaran dan penjanaan
tenaga.
Berdasarkan kepada populasi dunia sebanyak
6.7 bilion pada 2008, jumlah minyak yang
diperlukan oleh keseluruhan populasi dunia
dalam setahun adalah 135 hingga 148.5 juta
tan.
Pengeluaran minyak dunia 2008 sebanyak 160.5
juta adalah mencukupi untuk keseluruhan
populasi dunia. Walaubagaimana pun, ada
sesetengah populasi tidak mendapat keperluan
minyak yang mencukupi disebabkan masalah
pengedaran dan ketidakmampuan.
Dato’ Dr Choo Yuen May, Timbalan Ketua
Pengarah MPOB (Penyelidikan) berkata
demikian ketika membentangkan kertas
kerjanya yang bertajuk ‘Oil Palm Industry
and the Global Food Industry’ sempena
‘Conference on Global Food Security’ disini
baru-baru ini.
Beliau berkata ada tiga makro nutrien yang
diperlukan oleh setiap individu, iaitu,
karbohidrat, protein serta minyak dan lemak.
“Kekurangan salah satu makro nutrien ini
akan menyebabkan malnutrisi. Dalam konteks
ini, minyak sawit menyumbang kepada
keperluan minyak dan lemak setiap individu.”
Seminar dua hari itu dirasmikan oleh Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji
Aman. Turut hadir ialah Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus
Ongkili. Seramai 350 orang menyertai seminar
itu.
Dato’ Dr Choo berkata pada 2008, Malaysia
adalah penyumbang utama diet makanan bagi
minyak dan lelemak kepada penduduk dunia
setelah mengeluar minyak sawit 17.73 juta
tan dengan 15.41 juta tan daripadanya di
eksport ke pasaran dunia.
“MPOB dengan kerjasama industri sawit
Malaysia akan terus berusaha untuk membekal
diet pemakanan penduduk dunia melalui
kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
agrobioteknologi untuk meningkatkan
produktiviti minyak sawit.”
“Melalui
R&D minyak sawit yang bersifat ‘versatile’
dan serba boleh itu mudah diproses bagi
menghasilkan diet makanan seperti marjerin,
minyak goreng, lemak konfeksioneri, ais krim
dan lemak bakeri yang membekal sumber
karbohidrat, protein dan kalori.”
Petikan Harian
Jumaat, 17 April 2009
|
|
direncana oleh
rahsia perkahwinan
16 September 2008

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita
menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita
ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula
membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan
makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma
tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasanya anda akan makan
dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali
ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh
masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak
membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat
sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui
otak bagi menggalakan rembesan enzim dan
asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di
dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara
semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan
makanan yang berat-berat, cuba minum air,
pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu
gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan
penangkungan air. Mengurangkan pengambilan
garam bermakna badan anda menangkung sedikit
air. Ini bermakna anda kurang berat yang
disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan
dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut
satu kajian, mereka yang tidak mengambil
sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk
berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi
menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga
meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan
jangan gopoh. Kerana apabila kita makan
secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar
isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil
sebelum menelan kerana dengan cara ini ia
lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang
sedikit daripada makan hanya sekali, dua
tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau
makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau
berangin di mulut akan membantutkan selera
anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter
dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di
dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai ,
pesanlah air limau nipis atau jus oren
kerana minuman masam menggalakan pembakaran
lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan
serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap
hari kerana anda tidak akan nampak
perubahannya. Jika anda minum banyak, dan
waktu itu anda timbang berat badan yang
pastinya meningkat, mungkin anda akan
berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan
lada hitam bukan sahaja meningkatkan
penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran
lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang
Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga.
Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin,
mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh
besar dalam proses penurunan berat badan.
Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda
makan dan berapa banyak, tahap kelaparan
yang memerlukan anda makan, dan perasaan
anda ketika makan. Diari makanan boleh
membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama
membuat catatan, perhati dan kenal pasti di
mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat
pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih
fokus dan lebih komited terhadap pelan diet
anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan
kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan
berat badan dalam jangka masa panjang
apabila mereka menukar motif mereka daripada
untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan
segar. Tukarlah fikiran anda untuk
memikirkan dan memilih makanan apa yang
boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk
mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus.
Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya
dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu
minyak masak). Hindari minyak atau lemak
haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah
piring yang rata dan bukan piring cekung.
Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring,
kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk
dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran
yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah
di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton
tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin
banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk
turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah
makan akan membantu menghabiskan sebahagian
kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah
anda berjalan satu kalori akan diguna.
Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu
saja semua ini harus dilakukan dengan santai
kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga
perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja
dan memasak. Seelok-eloknya, tidak
berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika
ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu
gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir
sekali jika memang benar-benar
memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan
punggung yang ringan tetapi lama akan lebih
efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat
seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan
ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang
memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap
satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah
untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup
selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan
sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat
atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk
beberapa tingkat, kemudian sambunglah
denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh.
Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik
bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran
darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan
tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk
menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang
berlebihan, air limau nipis yang anda minum
boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau
limau kasturi setiap hari, setelah itu perah
airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air
sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah
itu bolehlah dijadikan air minuman setiap
kali selepas anda makan tengahari dan makan
malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman
ringan. Amalkanlah meminumnya selama
sebulan, berat badan anda akan beransur
turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan
rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan
air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum
sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan,
air asam jawa baik dijadikan minuman harian.
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak
dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam
jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan
minuman, selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan
dapati tubuh anda akan bertambah segar dan
langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau
Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan
Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk
selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil
5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada
hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air
Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas
waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut
buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu
ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau
purut yang telah di perah jusnya.kapur dan
limau tadi dicampur dan digaul hingga
sebati. Amalkan sapu disekeliling perut
sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga
pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda
perlu mengambil limau nipis yang telah
dicampur dengan teh tanpa gula untuk
tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan
meminum air ini dan insyaallah perut anda
yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini
untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air
limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan
setiap malam. Insyaallah perut anda akan
lebih menarik.
|
|
S.I.Y BOLEH MEMBANTU ANDA....

  
Elly~019-301
3939 / Kelvin~012-382 5535 |
|