|

SUDUT
KESIHATAN
|
JOM BERSENAM SETIAP HARI!!
Kita memang sedia maklum tentang senaman.
Dengan bersenam, anda mampu membakar
kalori
dengan lebih baik dan menjadikan diri anda
lebih
sihat.
Namun begitu, adakah anda merasakan tidak
mempunyai masa yang cukup untuk melakukan
senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah
sesukar anda bayangkan. Apa kata anda
mencuba tip di bawah ini :
1. Bangun
dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas
sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah
Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di
persekitaran rumah anda untuk menikmati
udara pagi dengan penuh ketenangan. Di
samping itu anda boleh melakukan sedikit
aktiviti regangan.
2. Kereta
anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai,
bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan
sahaja menyihatkan badan malah mampu
menjimatkan wanng!!
3. Jika
anda tinggal di kondominium atau pangsapuri,
sudah tentunya anda menggunakan lif untuk
sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah
situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak
semestinya naik menggunakan tangga
sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif
separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan
senaman yang
baik untuk jantung,
membakar kalori
dan
membina otot.
4. Letakkan
kereta di tempat agak jauh daripada tempat
yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan
anda berjalan untuk sampai ke destinasi
tersebut. Dengan cara ini, anda telah
melakukan sedikit senaman.
5. Jangan
hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda
boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat
kerja anda ketika waktu makan tengah hari
atau masa rehat. Ini akan
membantu bakar kalori
berbanding jika anda duduk menikmati snek
semata-mata.
6. Ketika
berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya
dengan anak anda atau pun binatang
peliharaan anda. Ini juga merupakan salah
satu cara untuk mengeluarkan peluh.
7. Sebelum
dan selepas maka, dukunglah bayi anda,
jangan guna
“stroller”.
Ini bukan sahaja dapat membantu membakar
kalori anda, malah ia juga akan merapatkan
kasih sayang anda dengannya.
8. Anda
juga boleh melakukan aktiviti berkebun di
rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda
sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam
sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan.
Anda bukan sahaja dapat memakan hasil
tersebut, malah anda juga akan menjadi
semakin sihat
9. Berbasikal
jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk
kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda
bukan sahaja dapat menikmati udara segar di
sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh.
Lakukan aktiviti ini pada waktu petang.
Tentu menarik, bukan?
10.Semasa
menonton tv, anda tidak semestinya terpaku
di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan
ringan. Harus diingat, makanan ringan akan
meningkatkan risiko anda untuk mendapat
penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan
kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci
lantai atau mencuci perabut di rumah anda.
11.Amalan
membersih tingkap, permaidani, ruang tamu
dan sebagainya juga membantu membakar kalori
anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap
hari.
12.Anda
juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk
mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri
dengan menggunakan tangan, jangan
menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja
menyediakan makanan yang bersih dan sihat
untuk keluarga anda, malah rasa makanan
tentunya lebih mengikut citarasa dan selera
anda. Tentunya anda akan berpuas hati
apabila mendapat pujian daripada ahli
keluarga kelak.
13.Rancang
aktiviti hari minggu anda bersama keluarga.
Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar
berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh
lakukan sesuatu di rumah misalnya
membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli
keluarga anda. Tentunya amat seronok
bersama-sama melakukan aktiviti ini, di
samping itu tekankan pentingnya menjaga
kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti
akan mengeratkan hubungan sesama ahli
keluarga anda.
14.Jika
anda memiliki alat senaman di rumah, jangan
berlengah lagi! Anda boleh membaca bacaan
ringan di samping melakukan senaman dengan
menggunakan alat senaman ini. In tentunya
menjadikan anda lebih tenang.
Sudah temui cara melakukan senaman yang
ringkas?
Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Lalui
hidup anda dengan penuh keceriaan…
SUMBER
WORDPRESS |
|
METABOLISME
MENURUN SELARI USIA
Sumber Info
Cergas
Zurita Mohd Anua
Tahap
metabolisme
anda akan menurun sebaik sahaja usia anda
meningkat. Apabila usia anda mencecah 50
Tahun, keperluan kalori anda akan
berkurangan sebanyak 200 dalam masa sehari.
Jika anda tidak membakarnya atau
mengurangkannya, jumlah ini akan meningkat
kepada 6000 kalori dalam masa sebulan. Oleh
itu, usah lupa untuk melakukan
senaman
yang berterusan kerana
senaman
akan membantu anda mengekalkan berat badan
yang normal dan meningkatkan index massa
otot. Selain itu, senaman mampu meningkatkan
tahap
metabolisme
dan
pembakaran lemak
yang cepat.
|
|
MASALAH
BERAT BADAN DAN RISIKONYA
Bukan soal nak kurus
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
|

SYANIE mula menyedari masalah
gemuk mengundang bahaya selepas
diserang penyakit asma.
|
Syanie terpaksa lakukan pintasan usus untuk
atasi serangan asma
SUDAH lama dinasihat doktor supaya
menjalani pembedahan pintasan usus (gastric
bypass), namun acap kali hasrat itu ditunda
kerana takut memikirkan risiko serta
kesakitan yang terpaksa ditempuhinya.
Namun, apabila diserang asma sehingga pernah
ditahan di hospital tahun lalu, doktor
memberikan Syanie pilihan - bertarung antara
hidup dan mati.
Nasihat doktor itu membuatkan Syanie
berfikir panjang. Selepas berbincang dengan
keluarga, dia nekad untuk menjalani
pembedahan dan melawan ketakutan demi
kesihatannya.
Syanie atau nama penuhnya, Syaniza Hisham,
35, yang ditemui di Hospital Pakar Damansara,
petang kelmarin, berkata dia menjalani
pembedahan di bawah seliaan seorang pakar
dari Amerika Syarikat pada pagi 28 Mei lalu.
“Disebabkan ingin sihat, saya kuatkan juga
semangat untuk menjalani pembedahan ini
walaupun takut. Sudah lama doktor nasihatkan
saya lakukan pembedahan tetapi sering saya
tidak endahkan.
|

|
|
SYANIE tidak sunyi kerana dua
adiknya, Syazril Hafiz (kiri)
dan Syazril Damak sentiasa di
sisi untuk menceriakannya.
|
“Selepas mendapat asma dan sering mengah
apabila banyak bergerak, bahkan tubuh besar
juga menyukarkan saya untuk memandu
membuatkan saya tidak mampu menangguhkannya
lagi.
“Alhamdulillah, selepas lebih lima jam
proses pembedahan berjalan semuanya selamat.
Keadaan kesihatan saya juga semakin beransur
pulih.
“Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi saya
sudah boleh pulang ke rumah,” kata Syanie
yang masih lemah namun tetap ramah menerima
kedatangan tetamu yang menziarahinya.
Beritahu Syanie, selesai pembedahan dia
ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
selama dua hari untuk pengawasan kerana
bimbang berlaku kebocoran pada usus yang
baru dibedah itu
|

|
|
APAKAH badan Syanie akan susut
begini selepas menjalani
pembedahan pintasan usus? |
Namun, dia bersyukur kerana semua proses
berjalan baik dan ketika ditemui, doktor
baru saja mencabut saluran tiub di badannya.
“Cuma ketika ini saya masih loya kerana
banyak angin. Doktor sudah berpesan jika
mahu cepat keluar hospital, saya kena banyak
minum air,” kata Syanie yang ditemani
adiknya, Ayin dan Hafiz sepanjang di
hospital.
Akui Syanie, dia cukup takut untuk menjalani
pembedahan itu namun bernasib baik kerana
sepupunya dibenarkan menemani sepanjang dia
berada di dewan pembedahan.
“Dia banyak membantu tenangkan saya
menghadapi saat mendebarkan itu. Maklum,
keluarga saya agak emosional dan mudah
menitiskan air mata.
“Ketika dibawa masuk ke dewan pembedahan,
saya kuatkan semangat dan tahan air mata
supaya tidak mengalir kerana tidak mahu
mereka susah hati,” katanya.
Kata Syanie, keluarganya berdepan detik
mendebarkan apabila pembedahan itu
menghadapi sedikit masalah dan berlarutan
hingga hampir enam jam.
“Mummy (Ruhani Abdul Rahman) paling panik
kerana sebelum itu doktor memberitahu semua
akan selesai jam 12 tengah hari. Tetapi,
selepas jam 1 berlarutan hingga jam 2 petang
pembedahan masih tidak selesai, mummy mula
suspen.
“Hanya pada jam 3 petang semuanya selesai
tetapi mummy tetap panik kerana saya belum
sedar,” katanya.
Beberapa jam selepas pembedahan, kata Syanie,
dia mula terasa kesan keperitan apabila
doktor terpaksa memasukkan corong pernafasan
menerusi rongga hidungnya disebabkan
mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Apabila tersedar, saya terasa begitu
terganggu dan cukup menyakitkan. Saya mula
tertanya mengapa perlu saya melakukan
pembedahan yang cukup menyakitkan ini,”
katanya.
Berat ideal dalam masa dua tahun
SYANIE berkata, doktor meletakkan sasaran
dia akan mencecah berat badan ideal sekitar
70 hingga 80 kilogram dalam tempoh dua tahun.
Sepanjang tempoh itu juga, Syanie berkata,
dia perlu berdisiplin serta mengamalkan gaya
hidup sihat termasuk melakukan senaman
supaya tidak berdepan masalah lagi.
“Dulu saya tidak pernah fikir kegemukan akan
mengundang masalah lain. Saya tidak pernah
kisah berbadan besar kerana badan ini
membawa rezeki.
“Tetapi apabila sakit, baru saya terfikir
kenapa saya sanggup mengikut kata hati
hingga membahayakan diri sendiri. Selepas
pembedahan ini, gaya hidup keluarga juga
akan berubah.
“Ia secara tidak langsung turut
mendisiplinkan mereka kerana ada makanan
tertentu yang saya tidak boleh jamah.
Syukur kerana keluarga semua merestui malah
banyak memberi sokongan ketika saya melalui
detik sukar ini.
“Saya juga berterima kasih kepada pihak
hospital yang begitu mengambil berat
daripada awal hingga selesai pembedahan,”
katanya.
Kata Syanie, ketika ini dia sedang belajar
mendisiplinkan diri dengan menjamah makanan
mengikut aturan waktu yang ditetapkan.
“Saya cuma akan menjamah makanan selepas
setengah jam minum. Begitulah sebaliknya.
Semalam apabila melihat adik menikmati ais
krim, terliur sangat tetapi saya tahan
selera.
“Doktor sudah berpesan, selain ais krim,
ayam goreng serta makanan berlemak adalah
antara hidangan yang perlu saya hindari.
“Alhamdulillah, teman juga banyak memberikan
sokongan malah Chef Zam turut berkongsi
pengalaman kerana dia pernah menjalani
pembedahan yang sama tidak lama dulu,”
katanya
|
Masalah Perut Buncit/Sembelit/Buasir ?
USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !
Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.
Apakah itu sembelit ?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus! Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.
Apakah itu Najis Terlonggok ?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.
SUDUT KESIHATAN
Mengnyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.
Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia atau masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.
Apa yang anda dapat jangkakan dari program mengnyahtoksik yang baik
- Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
- Daya ketahanan badan yang lebih kuat
- Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
- Pembuangan air besar yang kerap
- Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
- Kulit yang lebih cerah dan sihat
- Badan yang lebih langsing
- Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.
Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Kelebihan pembersihan usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.
FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN
- 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih - [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
- 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
- 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain
|
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it
ADA beberapa sebab yang boleh menyebabkan pendarahan rektum. Ini adalah petanda gangguan kesihatan yang penting kerana dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat seperti ulser dan buasir.
Pendarahan dalam saluran gastrointestin boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Saluran gastrointestin (pencernaan) ini terdiri daripada esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana bahagian gastrointestin ini.
Bagaimana saluran ini boleh luka ? Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pendarahan pada saluran gastrointestin iaitu:
- Kehadiran asid perut berlebihan yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada bahagian hujung esofagus dan keadaan ini dipanggil masalah asid refluks.
- Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan keradangan atau ulser perut dan pendarahan.
- Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan bakteria Helicobater pylori atau ubat anti peradangan bukan steroid (NSAIDs) dan aspirin.
Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.
Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.
Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.
Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.
Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit.
Pendarahan akibat rekahan kulit adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.
Polip atau ketumbuhan benigna pada usus. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.
Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.
Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.
Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.
Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
- Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
- Ada ketulan darah bercampur dengan najis
- Najis berwarna kehitaman dan melekit
Gejala pendarahan akut:
- Tiga tanda di atas
- Cepat berasa lesu
- Pening
- Sesak nafas
- Senak perut
- Rasa mahu pitam
- Cirit birit
Gejala pendarahan kronik:
- Semua tanda di atas
- Badan terasa lemah
- Sentiasa berasa penat
- Sukar bernafas
- Pitam
Petikan Harian Metro - 1hb. Januari, 2006
|
Diet setiap individu perlu 20 hingga 22kg minyak setahun
KOTA KINABALU:
Setiap individu
memerlukan purata
diet pemakanan
sebanyak 2,000 kcal
setiap hari sebagai
sumber tenaga dan
untuk pengembangan
fizikal serta mental
yang sihat.
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pula
menyarankan individu
itu perlu
menggunakan 20
hingga 22 kilogram
minyak setahun dalam
diet pemakanan bagi
pembesaran dan
penjanaan tenaga.
Berdasarkan kepada
populasi dunia
sebanyak 6.7 bilion
pada 2008, jumlah
minyak yang
diperlukan oleh
keseluruhan populasi
dunia dalam setahun
adalah 135 hingga
148.5 juta tan.
Pengeluaran
minyak dunia 2008
sebanyak 160.5 juta
adalah mencukupi
untuk keseluruhan
populasi dunia.
Walaubagaimana pun,
ada sesetengah
populasi tidak
mendapat keperluan
minyak yang
mencukupi disebabkan
masalah pengedaran
dan ketidakmampuan.
Dato’ Dr Choo Yuen
May, Timbalan Ketua
Pengarah MPOB (Penyelidikan)
berkata demikian
ketika membentangkan
kertas kerjanya yang
bertajuk ‘Oil Palm
Industry and the
Global Food
Industry’ sempena
‘Conference on
Global Food
Security’ disini
baru-baru ini.
Beliau berkata ada
tiga makro nutrien
yang diperlukan oleh
setiap individu,
iaitu, karbohidrat,
protein serta minyak
dan lemak.
“Kekurangan salah
satu makro nutrien
ini akan menyebabkan
malnutrisi. Dalam
konteks ini, minyak
sawit menyumbang
kepada keperluan
minyak dan lemak
setiap individu.”
Seminar dua hari itu
dirasmikan oleh
Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima
Musa Haji Aman.
Turut hadir ialah
Menteri Sains,
Teknologi dan
Inovasi, Datuk Dr
Maximus Ongkili.
Seramai 350 orang
menyertai seminar
itu.
Dato’ Dr Choo
berkata pada 2008,
Malaysia adalah
penyumbang utama
diet makanan bagi
minyak dan lelemak
kepada penduduk
dunia setelah
mengeluar minyak
sawit 17.73 juta tan
dengan 15.41 juta
tan daripadanya di
eksport ke pasaran
dunia.
“MPOB dengan
kerjasama industri
sawit Malaysia akan
terus berusaha untuk
membekal diet
pemakanan penduduk
dunia melalui
kegiatan
penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
agrobioteknologi
untuk meningkatkan
produktiviti minyak
sawit.”
“ Melalui
R&D minyak sawit
yang bersifat
‘versatile’ dan
serba boleh itu
mudah diproses bagi
menghasilkan diet
makanan seperti
marjerin, minyak
goreng, lemak
konfeksioneri, ais
krim dan lemak
bakeri yang membekal
sumber karbohidrat,
protein dan kalori.”
|
|
direncana oleh
rahsia perkahwinan
16 September 2008
1. JANGAN
BERLAPAR
Makanan memberi
kita tenaga dan
bila kita
menggunakan
tenaga kurang
dari apa yang
kita ambil,
tubuh akan
terkejut. Tubuh
akan mula
membakar
'muscle'(otot)
untuk
menggantikan
makanan. Ini
menyebabkan
kadar
metabolisma
tubuh menjadi
rendah. Bila
anda tidak tahan
berlapar, pada
kebiasanya anda
akan makan
dengan lebih
banyak. Pada
masa ini,
walaupun tahap
pengambilan
makanan anda
telah kembali ke
paras normal,
tetapi
metabolisma
tubuh masih lagi
rendah. Ini
menyebabkan ia
tidak membakar
kalori pada
tahap yang sama
lagi
2. AMBIL SESUATU
YANG PAHIT
SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi
dan kumur
beberapa saat
sebelum makan.
Cara ini
menyebabkan
tekak merasa
pahit dan
menghantar
isyarat melalui
otak bagi
menggalakan
rembesan enzim
dan asid HCL.
Kekurangan enzim
dan asid HCL di
dalam perut
boleh
menyebabkan
ketidakcekapan
penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS
AIR SEHARI
Air mengurangkan
selera makan
anda secara
semulajadi dan
membantu badan
memetabolisma
simpanan lemak
di dalam tubuh.
Sebelum makan
makanan yang
berat-berat,
cuba minum air,
pasti anda tidak
akan makan
dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM
MINUMAN YANG
BERGAS
Minuman bergas
biasanya
mengandungi 7-8
sudu gula dan
tidak baik untuk
kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN
PENGAMBILAN
GARAM
Pengambilan
garam yang
tinggi
menggalakan
penangkungan
air.
Mengurangkan
pengambilan
garam bermakna
badan anda
menangkung
sedikit air. Ini
bermakna anda
kurang berat
yang disebabkan
air.
6. AMBIL SARAPAN
PAGI
Anda juga boleh
menurunkan berat
badan dengan
pengambilan
sarapan pagi.
Menurut satu
kajian, mereka
yang tidak
mengambil
sarapan pagi
lebih cenderung
untuk gemuk
berbanding
dengan mereka
yang
mengambilnya.
Bagaimana ia
terjadi? Sarapan
pagi
menstabilkan
hormone dan
paras gula di
dalam darah.
Kadar
metabolsima juga
meningkat untuk
membakar kalori.
7. MAKANLAH
DENGAN
PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah
makanan dengan
perlahan-lahan
dan jangan
gopoh. Kerana
apabila kita
makan secara
perlahan-lahan,
tubuh akan
menghantar
isyarat
menunjukan
kepuasan.
8. KUNYAH
MAKANAN KEPADA
CEBISAN LEBIH
KECIL
Kunyahlah
makanan kepada
cebisan lebih
kecil sebelum
menelan kerana
dengan cara ini
ia lebih mudah
dihadam.
9. Biar makan
kerap dengan
kuantiti yang
sedikit daripada
makan hanya
sekali, dua
tetapi dengan
kuantiti yang
banyak.
10. Jika anda
terasa ingin
makan snek atau
makanan ringan,
beruslah gigi
anda atau
kunyahlah
gula-gula getah.
Rasa mint atau
berangin di
mulut akan
membantutkan
selera anda.
11. Kurangkan
pengambilan
marjerin, butter
dalam makanan
anda. Kalau
boleh, usah ada
di dalam peti
ais anda.
12. Apabila
makan di
restoran atau
gerai , pesanlah
air limau nipis
atau jus oren
kerana minuman
masam
menggalakan
pembakaran
lemak. Mintalah
minuman yang
kurang gula.
13. Buah-buahan
dan
sayur-sayuran
adalah sumber
terbaik untuk
vitamin, mineral
dan serat dan
kandungan lemak
yang rendah.
14. Jangan
timbang berat
badan anda
setiap hari
kerana anda
tidak akan
nampak
perubahannya.
Jika anda minum
banyak, dan
waktu itu anda
timbang berat
badan yang
pastinya
meningkat,
mungkin anda
akan berputus
asa untuk
berdiet
15. Ambil
makanan yang
berempah
Sesetengah
rempah seperti
cili, biji sawi,
didapati boleh
membakar kalori.
Penambahan lada
hitam bukan
sahaja
meningkatkan
penghadaman, ia
juga
meningkatkan
pembakaran
lemak.
16. Pilih Lebih
Banyak Bijirin
dan Kekacang
Dalam Makanan
Bijirin penuh
adalah sumber
utama tenaga.
Bijiran dan
hasil bijirin
banyak
mengandungi
karbohidrat
kompleks,
protein,
vitamin, mineral
dan sedikit
lemak.
17. Simpan Satu
Diari
Simpan satu
diari makanan
boleh
berpengaruh
besar dalam
proses penurunan
berat badan.
Rekodkan dalam
sehari, berapa
kali anda makan
dan berapa
banyak, tahap
kelaparan yang
memerlukan anda
makan, dan
perasaan anda
ketika makan.
Diari makanan
boleh membuatkan
anda peka kepada
keinginan makan
anda. Setelah
beberapa lama
membuat catatan,
perhati dan
kenal pasti di
mana anda boleh
membuat atau
perbaiki tabiat
pemakanan anda
kepada yang
lebih sihat.
Diari ini juga
boleh membuatkan
anda lebih fokus
dan lebih
komited terhadap
pelan diet anda.
Mulakan diari
makanan anda
dan
rajin-rajinlah
membuat catatan.
18. Tumpukan
perhatian untuk
sihat, bukan
kurus
Ramai orang
lebih berjaya
dalam penurunan
berat badan
dalam jangka
masa panjang
apabila mereka
menukar motif
mereka daripada
untuk kurus
kepada untuk
kekal sihat dan
segar. Tukarlah
fikiran anda
untuk memikirkan
dan memilih
makanan apa yang
boleh
menyihatkan
tubuh badan.
19. Cara memasak
paling baik
untuk mengurangi
jumlah kalori
dalam makanan
adalah merebus
memanggang atau
mengukus. Khusus
untuk sayuran,
anda boleh
menumisnya
dengan sedikit
minyak(misalnya
satu sudu minyak
masak). Hindari
minyak atau
lemak haiwan.
20. Ketika
memilih piring
makanan ,
ambilah piring
yang rata dan
bukan piring
cekung. Ambil
sayuran dahulu
untuk memenuhi
piring, kemudian
baru nasi dan
yang terakhir,
lauk dagingnya.
Jika ingin
tambah, hanya
sayuran yang
boleh anda
ambil. Jangan
lupa, makanlah
di meja makan
dan jangan di
sembarang tempat
apa lagi sambil
menonton tv.
Sebab, makin
menarik program
tv, semakin
banyak makanan
ringan yang anda
habiskan!
21. Selain
memberi peluang
makanan untuk
turun ,
kebiasaan
berjalan-jalan
sesudah makan
akan membantu
menghabiskan
sebahagian
kalori dari
makanan itu.
Setiap 25
langkah anda
berjalan satu
kalori akan
diguna.
Lebih-lebih lagi
anda menaiki
tangga. Tentu
saja semua ini
harus dilakukan
dengan santai
kerana perut
anda baru saja
terisi.
22. Khusus bagi
kaum wanita ,
yang juga perlu
diperhatikan
adalah tabiat
berbelanja dan
memasak.
Seelok-eloknya,
tidak berbelanja
semasa perut
kosong.
Rancanglah
perbelanjaan
sesuai dengan
keperluan. Jika
ingin membeli
makanan,
kunjungilah
dahulu gerai
buah dan
sayuran. Gerai
makanan
segera harus
anda kunjungi
paling akhir
sekali jika
memang
benar-benar
memerlukannya.
23. Untuk
mengempiskan
perut , gerakan
punggung yang
ringan tetapi
lama akan lebih
efektif. Latihan
dapat dilakukan
dengan alat
seperti untuk
permainan hula
hoop. Gerakan
ini mungkin
boleh disamakan
dengan gerakan
penari gelek,
dangdut atau
hula-hula yang
memiliki perut
lebih kecil dan
cantik.
24. Kurangkan
pengambilan gula
kerana setiap
satu sudu gula
mengandungi 32
kilokalori.
25. Beberapa
aktiviti fizikal
yang mudah untuk
langsing
i. Jalan cepat.
Gunalah kasut
yang cukup
selesa dipakai
agar kaki tidak
melecet dan
sihat
ii. Gunakan
tangga untuk
naik ke tingkat
atas. Jika
terlalu
tinggi,naik
tangga untuk
beberapa
tingkat,
kemudian
sambunglah
denagan menaiki
lif
iii. Renang
adalah latihan
menyeluruh.
Berenang dengan
laju dengan
nafas yang dalam
iv. Bersenam
atau peregangan,
sangat baik bagi
otot-otot dan
sendi-sendi yang
kaku.
Melenturkan otot
dapat
melancarkan
peredaran darah
v. Tunggang
basikal dan
kayuh
perlahan-lahan
tetapi dalam
tempoh yang
lama. Ini dapat
mencantik dan
merampingkan
peha.
PETUA UNTUK
KURUS DAN
LANGSING
Berat yang
Berlebihan
Dibawah ini ada
beberapa cara
untuk
menurunkannya.
26. Jika anda
mengalami berat
badan yang
berlebihan, air
limau nipis yang
anda minum boleh
menurunkan berat
badan anda.
Caranya:
Sediakan dua
biji limau nipis
atau limau
kasturi setiap
hari, setelah
itu perah airnya
ke dalam gelas
yang berisi
dengan air
sejuk, masukkan
ke dalam peti
sejuk. Setelah
itu bolehlah
dijadikan air
minuman setiap
kali selepas
anda makan
tengahari dan
makan malam.
Cara ini boleh
diikuti dengan
senaman ringan.
Amalkanlah
meminumnya
selama sebulan,
berat badan anda
akan beransur
turun.
27. Ambil 3 sudu
besar serbuk teh
cina dan rendam
dalam air. Tapis
dan campurkan
dengan air
perahan limau
nipis. Amalkan
selalu
meminumnya 2
kali sehari
iaitu sebelum
sarapan dan
sebelum tidur.
28. Jika anda
mengalami
masalah berat
badan, air asam
jawa baik
dijadikan
minuman harian.
Air asam jawa
akan
mengurangkan
kadar lemak
dalam badan
anda. Caranya:
Ambil sebuku
asam jawa, ramas
ke dalam air
sebanyak
segelas.
Masukkan ke
dalam peti
sejuk, anda
jadikan minuman,
selepas anda
makan tengahari
atau makan
malam. Amalkan
setiap hari,
anda akan dapati
tubuh anda akan
bertambah segar
dan langsing.
29. Nak Turunkan
Berat Badan
Selepas makan
amalkan meminum
Teh Hijau atau
Teh Cina tambah
dengan serbuk
Kayu Manis dan
Madu
30. Badan
Langsing Selepas
Bersalin
Untuk
mengelakkan
badan menjadi
gemuk selepas
bersalin, cuba
petua berikut :
Ambil 5 halia
bara ( Halia
Cina ), 10 biji
lada hitam, 30
ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua
sehingga lumat.
Perahkan air
Limau Nipis. Dan
makanlah bersama
nasi panas waktu
pagi dan malam,
setiap hari
sewaktu dalam
pantang.
31. Mengurangkan
buncit
Bagi lelaki yang
mengalami
masalah perut
buncit, anda
boleh mencuba
petua ini.iaitu
ambil sedikit
kapur makan dan
sebiji limau
purut yang telah
di perah
jusnya.kapur dan
limau tadi
dicampur dan
digaul hingga
sebati. Amalkan
sapu
disekeliling
perut sebelum
masuk tidur
biarkan kering
sehingga pagi.
32. Mengempiskan
Perut
Petua yang mudah
dan kos yang
murah. Anda
perlu mengambil
limau nipis yang
telah dicampur
dengan teh tanpa
gula untuk
tiap-tiap hari
kemudian
diminum. Amalkan
meminum air ini
dan insyaallah
perut anda yang
buncit akan
menjadi kempis.
Petua ini untuk
orang yang tiada
mengidap
sebarang
penyakit.
Selamat mencuba
33. Kempiskan
Perut Anda
Nak kempiskan
perut senang
aje, ambil air
limau nipis dan
campur dengan
kapur sirih.
Lumurkan atau
sapu dekat
perut, amalkan
setiap malam.
Insyaallah perut
anda akan lebih
menarik.
|
|
S.I.Y BOLEH
MEMBANTU ANDA....

  
Elly~019-301
3939 / Kelvin~012-382 5535
|
|